Tiada kes Jalur Gemilang terbalik di Terengganu - Utusan Malaysia

Tiada kes Jalur Gemilang terbalik di Terengganu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengesahkan tiada insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik berlaku di negeri ini. 

Ketuanya, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai pemasangan Jalur Gemilang yang tidak mengikut aturan sebenar itu. 

“Bagaimanapun jika kesalahan ini ditemui, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Roslee berkata, tindakan terhadap pesalah boleh diambil mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. 

Pada 4 Ogos lalu, media melaporkan Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah kebangsaan di Kluang, Johor. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail dilaporkan berkata, insiden itu berlaku berikutan kakitangan swasta tersilap menaikkan bendera. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya