Scam: 'Inspektor Fauzi' tipu suri rumah RM75,000 - Utusan Malaysia

Scam: ‘Inspektor Fauzi’ tipu suri rumah RM75,000

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bimbang ditangkap polis, seorang suri rumah di sini kerugian RM75,000 diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ‘Inspektor Fauzi’ dalam kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 17 Julai lalu, warga emas berusia 59 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki menyamar wakil Pos Laju memaklumkan mangsa menerima bungkusan berisi dokumen pengenalan dan kad bank dari Sabah.

“Talian disambungkan kepada lelaki menyamar polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang mendakwa suri rumah berkenaan terlibat pengubahan wang haram.

“Seterusnya talian disambungkan pula kepada ‘Inspektor Fauzi’ yang mengarahkan mangsa membuat bayaran untuk mengelak daripada ditangkap,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa telah memasukkan wang RM75,000 melalui 15 transaksi ke dalam tiga akaun milik individu berlainan.

Katanya, mangsa menyedari tertipu selepas selesai memasukkan wang berkenaan dan membuat laporan polis.

Kes tersebut kini dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya