Saya tak letak jawatan - Dr. M - Utusan Malaysia

Saya tak letak jawatan – Dr. M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menarik perhatian Dewan Rakyat apabila menegaskan beliau tidak pernah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, sebaliknya apa yang terjadi sehingga membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah disebabkan oleh tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan parti keluar daripada gabungan berkenaan.

Jelas Dr. Mahathir, ekoran itu jawatannya sebagai pemimpin nombor satu kerajaan juga terlucut kerana PH bukan lagi sebuah kerajaan yang berkuasa.

“Saya tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita. Apabila parti Bersatu keluar daripada PH, maka PH pun jatuh tidak jadi kerajaan lagi.

“Jadi macam mana saya hendak letak jawatan lagi? Saya sudah tidak ada jawatan. Ini saya fikir payah nak difaham, diulang perkara ini berkali-kali macam tidak boleh dengar ke tidak tahu lah.

“Tetapi sebenarnya tidak ada peletakan jawatan. Saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaannya iaitu saya letak jawatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membuat celahan perbahasan Datuk Hasbulllah Osman (BN-Gerik) berkenaan usul Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020).

Sebelum itu, Hasbullah ketika berbahas berkata, adalah tidak munasabah pihak pembangkang menuduh Perikatan Nasional (PN) menjatuhkan kerajaan PH susulan tindakan Dr. Mahathir yang terlebih dahulu meletak jawatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.