Remaja maut motosikal bergesel lori di Lipis - Utusan Malaysia

Remaja maut motosikal bergesel lori di Lipis

KEADAAN motosikal ditunggang Muhammad Azroy Naqiu Hasnihas yang bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 41 Jalan Lipis-Jerantut di Lipis, Pahang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan lori membawa muatan cat di Kilometer 41 Jalan Lipis-Jerantut berhampiran Kampung Serdang Mela di sini, malam tadi.

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 9.40 itu berlaku ketika Muhammad Azroy Naqiu Hasnihas,16, dalam perjalanan dari arah Jerantut ke Lipis.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan. Keadaan itu mengakibatkannya bergesel dengan lori dan terkena cermin sisi kanan kenderaan itu sebelum melanggar besi dinding lori.

“Mangsa yang jatuh di bahu jalan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal lokasi kejadian merupakan jalan satu lorong dua hala yang berbukit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya