PUNB sasar agih RM220 juta dana - Utusan Malaysia

PUNB sasar agih RM220 juta dana

KETUA Pegawai Eksekutif Align Creative Sdn. Bhd., Mohd. Faizul Khalid (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Noh Omar selepas majlis pelancaran produk Cellcode di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) menyasarkan untuk mengagihkan sebanyak RM220 juta pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, pembiayaan yang diunjurkan itu tidak termasuk Pembiayaan Mudah Bumiputera (BRF) berjumlah RM200 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diuruskan PUNB.

“Diakui agihan agak perlahan tahun ini impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana staf kami perlu turun padang melawat usahawan sebelum pembiayaan dapat diluluskan.

“Bagaimanapun kami mendapat banyak permohonan pada Julai dan Ogos, kami yakin dapat mencapai sasaran ditetapkan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Cellcode iaitu produk anti oksida dan anti penuaan yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Produk itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan di bawah kategori ubat tradisional selain memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar.

Dalam pada itu, Noh berkata, PUNB telah mengagihkan sebanyak RM80 juta dana pembiayaan kepada 120 PKS setakat ini.

“Permohonan untuk BRF ini masih belum dibuka, kami sedang menunggu kelulusan prosedur daripada Kementerian Kewangan.

“Kami menyasarkan pembiayaan antara RM100,000 hingga RM1 juta mengikut keperluan supaya lebih banyak PKS menerima manfaat selain kadar faedah paling rendah dan mungkin moratorium bayaran balik selama enam bulan. Semua ini memerlukan kelulusan kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.