fbpx

Penutupan jalan susur masuk Ebor ke Shah Alam

MAP tutup jalan susur Ebor-Shah Alam.
  • Oleh Media Mulia
  • 5 Ogos 2020, 3:39 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan penutupan Persimpangan Bertingkat Shah Alam, Jalan Susur Masuk Ebor ke Shah Alam di KM0 (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Penutupan itu bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi mulai hari ini hingga 9 Ogos bagi kerja-kerja meningkatkan tahap keselamatan di persimpangan berkenaan.

“Penutupan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran turapan jalan dapat dilaksanakan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut,” kata PLUS dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah syarikat konsesi lebuh raya itu, pengguna dari arah Ebor/ELITE yang hendak ke Shah Alam/Bukit Jelutong dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Setia Alam.

Orang ramai juga katanya, boleh memasuki semula ke lebuh raya selepas membuat pusingan-U di Plaza Tol Setia Alam untuk meneruskan perjalanan ke Shah Alam/Bukit Jelutong dengan lebih lancar dalam tempoh tersebut.

“PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda dan arahan yang disediakan.

“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pelanggan lebuh raya sekali gus memastikan aliran trafik lancar ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR