KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seharusnya diadakan lebih awal bagi menjamin kestabilan politik dan mengelakkan fitnah terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). Itu pendirian sebahagian besar pemimpin politik yang mahu proses demokrasi tersebut disegerakan kerana dilihat sebagai jalan terbaik walaupun penggal kerajaan sekarang masih berbaki kira-kira tiga tahun. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mandat perlu diserahkan kepada rakyat untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil dan pada…