Pemilik syarikat disyaki rasuah SSM direman tiga hari - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat disyaki rasuah SSM direman tiga hari

PENGANGGUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Seorang pemilik syarikat direman tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menukar pemilikan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya menggunakan dokumen palsu.

Perintah reman sehingga 31 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, tengah hari tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 66 tahun tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul tiga petang semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Individu terbabit ditahan selepas seorang pegawai SSM menolak pemberian rasuah tersebut dan membuat aduan kepada SPRM.

Difahamkan, pemindahan saham tersebut tidak didaftarkan oleh SSM dan turut melibatkan setiausaha syarikat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya