KUALA LUMPUR: Dengan hanya melayari laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mana-mana syarikat boleh menyemak latar belakang calon pekerja mereka sama ada ‘bersih’ daripada rasuah atau sebaliknya. Menerusi pangkalan data dikenali Data Pesalah Rasuah itu, maklumat seperti nama dan gambar pesalah rasuah yang disabitkan bersalah oleh mahkamah akan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama. Malah, pangkalan data itu juga dikatakan digunakan oleh…