MBSA wujudkan usaha bantu peniaga kecil - Utusan Malaysia

MBSA wujudkan usaha bantu peniaga kecil

OPERASI bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Bandaraya Shah Alam tidak pernah meminggirkan peniaga kecil sebaliknya pelbagai usaha diwujudkan bagi membantu meningkat sara hidup mereka termasuk mengecualikan kutipan fi lesen untuk bulan April dan Mei ekoran pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pengecualian itu dengan syarat tiada tunggakan sewa sehingga Februari tahun ini.

MBSA dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin yang diselaraskan oleh kerajaan negeri, insentif bernilai RM500 secara ‘one off’ diberikan kepada peniaga berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan itu (PBT) melibatkan peruntukan RM1.5 juta.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 318 permit penjaja sementara dikeluarkan oleh MBSA untuk menampung permintaan peniaga kecil termasuk penguasaha ‘food truck’ di kawasan seliaannya.

“Kita juga sentiasa memberi peluang kepada orang ramai untuk menyara kehidupan mereka melalui penyediaan ruang berniaga. Sehingga kini, sebanyak 1,173 gerai, pasar, kiosk dan medan selera disediakan MBSA,” katanya,

Dalam pada itu, MBSA berkata, melalui operasi yang dijalankan di Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin, sebanyak tujuh premis perjudian telah disita dengan tindakan merobohkan struktur binaan dan tambahan pindaan premis haram.

Menurutnya, sebuah gerai, tiga unit kabin, lima unit ‘awning’ depan dan 16 unit ‘awning’ belakang telah dirobohkan.

“Sebanyak 16 gerai di kawasan itu telah dibuka pemiliknya selepas menerima notis arahan daripada MBSA.

“Bagaimanapun, operasi ini bukanlah untuk merobohkan gerai-gerai sebaliknya untuk merobohkan struktur tambahan bahan yang dibina tanpa kebenaran MBSA,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya