Mayat lelaki lengkap pakaian dalam longkang - Utusan Malaysia

Mayat lelaki lengkap pakaian dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Satu mayat lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan di dalam longkang di Lintang Kampung Melayu 1, Ayer Itam di sini pagi tadi.

Mayat lelaki yang berbaju merah dan berseluar panjang hitam itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum menghubungi pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.56 pagi dan tiba di lokasi kurang lima minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati seorang mangsa lelaki dipercayai terjatuh di dalam longkang dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya