KJ perlu tahu erti mewarisi perjuangan - Utusan Malaysia

KJ perlu tahu erti mewarisi perjuangan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jangan hanya tahu erti mewarisi kepemimpinan tetapi tidak tahu erti mewarisi perjuangan.

Itu antara kritikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap bekas Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dilihat lantang dalam beberapa isu membabitkan parti dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd. Puad yang menyifatkan Khairy sebagai pemimpin populis berkata, dia perlu membandingkan dirinya ketika tiada jawatan dengan Najib yang juga bekas Presiden UMNO.

“Setelah tidak lagi menjadi menteri, tidak ada jawatan dan tidak ada apa yang ditawarkan, apakah rakyat masih mengerumuni beliau?

“Mereka suka Khairy dulu mungkin kerana taksub kepada penampilannya, taksub kepada stokin merah yang dipakai bukan kerana perjuangannya. Populariti begitu cepat hilang,” katanya menerusi status yang dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.

Khairy dalam kenyataan sebelum ini berkata, walaupun semua orang berhak memberikan sokongan moral kepada Najib yang dijatuhi hukuman penjara berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. namun berharap UMNO tidak diheret bersekali dalam kes tersebut.

Ekoran kenyataan tersebut, beliau dikecam banyak pihak sehingga ada yang mendakwa Khairy cuba menjadi ‘hero’ bagi menyelamatkan keadaan parti.
Mohd. Puad berkata berkata, Khairy tidak sepatutnya mengheret UMNO dengan keputusan mahkamah.

“Dulu apabila Najib mula didakwa, Khairy kata jangan jadikan UMNO sebagai perisai dan pembela. Tetapi Najib menjawab bahawa dia tidak akan menggunakan parti untuk membelanya.

“Taksub rakyat kepada Najib adalah taksub kepada perjuangannya. Itu melahirkan teman sejati. Apakah Khairy ada teman sejati seperti itu? Akan sampai masanya, bila tiada jawatan dan kuasa kita akan ditinggalkan keseorangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya