Jenayah, vandalisme punca internet lemah - Utusan Malaysia

Jenayah, vandalisme punca internet lemah

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 peratus kawasan di negara ini mempunyai masalah capaian internet sangat lemah.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, antara faktor yang menjadi penyumbang kepada senario itu adalah perbuatan jenayah dan vandalisme.

“Dahulu ada liputan di kawasan ini tetapi tiba-tiba hilang kerana terdapat pihak tertentu yang mengorek gentian optik, mereka mencuri tembaga atau generator di sesetengah menara komunikasi.

“Masalah ini juga kita sedang atasi selain menambah capaian jalur lebar,” katanya ketika menjawab soalan tambahan M. Karupaiya (PH-Padang Serai) berhubung jumlah kawasan yang mempunyai capaian internet lemah di negara ini, di Dewan Rakyat hari ini.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, kerajaan sedang berusaha mengatasi masalah terbabit dan sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang menyeluruh melalui penyediaan liputan jalur lebar menggunakan pelbagai teknologi membabitkan talian tetap dan mudah alih.

Ujarnya, untuk perkhidmatan jalur lebar talian tetap, kerajaan melaksanakan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) yang menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara.

“Sehingga Jun lalu, sebanyak 639,676 sambungan sudah tersedia manakala 34,781 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap secara berperingkat tahun ini, ” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya