IMR sahkan Covid-19 bermutasi jenis D614G - Utusan Malaysia

IMR sahkan Covid-19 bermutasi jenis D614G

kluster
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan terdapat mutasi jenis D614G dikesan daripada ujian pengasingan dan kultur virus Covid-19.

Pengesanan itu untuk tiga kes daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (iaitu individu daripada Filipina).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam pantas di lapangan.

Katanya, ia adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes lain termasuk bagi kes indeks kedua-dua kluster berkenaan.

“Ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus Covid-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia.

“Ia didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader,’“katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook hari ini.

Tambah Noor Hisham, mutasi D614G itu ditemukan oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, tindakan utama adalah masih dengan kaedah menggunakan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu melakukan penjarakan fizikal.

Selain itu, katanya, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun,serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tertutup dan ketika sembang jarak dekat.

“Situasi terkini Covid-19 didapati masih terkawal dan Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi lain berusaha membendung penularan Covid-19.

“Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan Covid-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya