Guan Eng mengaku tidak bersalah terima rasuah RM327,000 - Utusan Malaysia

Guan Eng mengaku tidak bersalah terima rasuah RM327,000

LIM Guan Eng (tiga dari kiri) bersama Betty Chew (tiga dari kanan) hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini pagi ini atas tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM372,000 bagi membolehkan sebuah syarikat ditawarkan projek.

Ahli Parlimen Bagan itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Penang Development Corporation (PDC) ketika itu menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi isterinya, Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd.

Ia bagi memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn. Bhd. ditawarkan jemputan cadangan perkampungan pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan dekat sini yang bernilai RM11,6 juta yang mana isterinya secara tidak langsung mempunyai kepentingan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan
didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM , Ahmad Akram Gharib, Mohd. Mukhzany Fariz Mohd. Mokhtar, Francine Cheryl Rajendram dan Roslan Mat Nor.

Guan Eng pula diwakili barisan peguam Gobind Sing Deo, Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan V. Vemal Arasan.

Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula di mahkamah sama pada 16 Oktober ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya