Dilema penduduk di sempadan Temco - Utusan Malaysia

Dilema penduduk di sempadan Temco

WARI Kiew mendengar luahan seorang penduduk dari sempadan Kedah di laluan tikus yang menghubungkan antara sempadan kedua-dua negeri di Kampung Kuala Sanglang, Perlis.- UTUSAN/ NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KANGAR: Penduduk di kawasan Sanglang, Kedah yang bersempadan dengan Sanglang, Perlis mendakwa mereka menjadi mangsa keadaan apabila tidak dapat bergerak ke mana-mana termasuk mendapatkan bekalan makanan berikutan kekeliruan yang berlaku. 

Menurut mereka, masalah timbul apabila penduduk yang membuat saringan di Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, Perlis dipakaikan gelang merah jambu walaupun rumah di Sanglang, Kedah. 

Isu tersebut dibangkitkan salah seorang penduduk dalam pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew yang melakukan tinjauan di kawasan berkenaan.

“Kami jadi mangsa macam ini. Dulu mereka beritahu siapa yang alamat di Perlis jika tidak pergi buat ujian saringan, polis akan datang tangkap.

“Mereka tidak pula beritahu bahawa sesiapa yang tinggal di Kedah tidak perlu pergi buat ujian saringan walaupun kad pengenalan kami beralamat Perlis,” katanya yang enggan dikenali.

Menurut penduduk itu lagi, mereka bimbang sekiranya keluar ke kedai-kedai, gambar mereka yang memakai gelang merah jambu itu akan ditularkan dalam media sosial.

Dalam masa sama katanya, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) untuk ke kedai runcit.

“Kami tak mendapat bantuan makanan daripada mana-mana pihak kerana kawasan ini di luar Temco dan di bawah negeri Kedah. 

“Masalah ini telah kami rujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi mereka ‘lepas tangan’. Mereka kata tak tahu macam mana nak selesaikan masalah kami,” katanya.

Menurut penduduk, keadaan diburukkan lagi apabila lorong tikus yang menghubungkan kedua-dua sempadan negeri itu ditutup mulai kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya