fbpx

Agihan kerusi selesai secara baik – Pas

DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
  • Oleh ROSALINDA MD SAID
  • 2 Ogos 2020, 10:56 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas mengulangi keyakinan isu agihan kerusi antara parti itu dan UMNO termasuk di Terengganu diselesaikan secara baik.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedua-dua parti itu memiliki senarai harapan atau ‘wishlist’ hendak bertanding di mana dan perkara tersebut dibincang serta dimuktamadkan dalam mesyuarat perundingan.

“Pas dan UMNO ada ‘wishlist’ masing-masing. Bila mesyuarat perundingan, urusan ini akan diselesaikan secara baik, insya-Allah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Isu agihan kerusi di Terengganu kembali panas apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan kesediaan parti itu bertanding di kesemua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pendirian Ahmad Said itu susulan kenyataan Ahmad Samsuri yang Pas mahu mempertahankan enam kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, urusan pengagihan kerusi tidak dibincangkan di peringkat negeri dalam mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) Terengganu, sebaliknya semua urusan itu dilakukan di peringkat Pusat. – UTUSAN ONLINE

Dikemaskini pada