300 ahli Bersatu Kuala Langat keluar parti - Utusan Malaysia

300 ahli Bersatu Kuala Langat keluar parti

AHLI Bersatu Kuala Langat diketuai bekas Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Md. Morni Ibrahim (duduk depan, empat daripada kiri) melaungkan sokongan kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad selepas mengumumkan keluar daripada parti itu di Kuala Langat, Selangor malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seramai 300 ahli akar umbi termasuk Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Langat, Datuk Md. Morni Ibrahim meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan utamanya.

Md. Morni berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Bersatu di peringkat Pusat dan mendakwa mereka mengkhianati mandat rakyat.

“Ahli-ahli jawatan kuasa termasuk sayap Srikandi dan Armada keluar parti dan melepaskan jawatan masing-masing kerana hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap presiden.

“Keputusan ini juga dibuat kerana kepemimpinan sedia ada mengkhianati mandat yang diberikan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.

Md. Morni berkata, kesemua ahli yang keluar Bersatu itu berikrar menyokong perjuangan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr.Mahathir Mohamad yang dianggap belum selesai.

“Kita tidak menolak kemungkinan menyokong dan berhasrat menjadi ahli parti politik ditubuhkan oleh Dr. Mahathir,” ujarnya.

Terdahulu, beberapa bahagian Bersatu di negeri ini terbubar apabila sebahagian besar ahli termasuk pimpinan bahagian parti tersebut mengambil keputusan meninggalkan parti sejak beberapa hari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya