25 penguat kuasa ditahan bawa masuk PATI - Utusan Malaysia

25 penguat kuasa ditahan bawa masuk PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 25 anggota penguat kuasa ditahan kerana disyaki menjadi pengkhianat negara yang bersubahat membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) ke Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, penahanan tersebut melibatkan 18 anggota dan pegawai polis, lima anggota tentera dan dua pegawai imigresen.

Katanya, mereka yang ditahan dipercayai bersubahat dengan pihak tertentu sejak Op Benteng dilancarkan 1 Mei lalu.

“Kerajaan dan kementerian mengambil berat terhadap tindakan dilakukan anggota penguat kuasa tersebut,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang mahu mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan mekanisma Op Benteng di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata, kerajaan sudah menghantar pulang seramai 22,297 PATI ke negara asal masing-masing.

Daripada jumlah itu, katanya, 5,613 adalah PATI warga Indonesia, 3,990 (Myamnar) dan Bangladesh seramai 2,664 orang.

Tambahnya, pada 2017, seramai 48,464 PATI ditangkap manakala 48,372 orang pada 2018 dan 51,300 orang tahun lalu.

“Oleh kerana Covid-19, kadar tangkapan kita kurang pada tahun ini iaitu 18,092 setakat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya