20 lembu mati, mulut berbuih - Utusan Malaysia

20 lembu mati, mulut berbuih

ANTARA lembu yang ditemukan mati di ladang sawit di Lambor Kanan dekat Parit, Perak. – IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Sebanyak 20 ekor lembu ditemukan mati bergelimpa­ngan di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tareh, Lambor Kanan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian di­sedari pengadu yang juga penternak lembu berkenaan selepas diberitahu rakannya kira-kira pukul 10 pagi.

“Rakan pengadu memberita­hu beberapa ekor lembu miliknya mati bergelimpangan di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan.

“Kira-kira pukul 2 petang, pengadu ke lokasi kejadian dan mendapati sebanyak 20 ekor lembu telah mati bergelimpa­ngan dalam keadaan mulut berbuih dan keluar darah melalui hidung.

“Pemeriksaan oleh pengadu mendapati 19 ekor lembu adalah kepunyaannya manakala seekor lagi belum dapat dipastikan tuan punya,” katanya dalam kenyataan di sini.

BARUDIN WARISO

Barudin berkata, kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Vete­rinar dan tindakan diambil bagi mengenal pasti punca kematian lembu-lembu terbabit.

Mengulas lanjut katanya, kejadian berlaku di sebuah ladang hak milik persendirian seluas kira-kita 1.6 hektar yang baru ditanam anak pokok kelapa sawit pada April 2020.

Katanya, difahamkan penternak berkenan menternak kira-kira 200 ekor lembu secara lepas bebas dan kerugian dialami dianggarkan RM55,000.

“Siasatan lanjut bersama Jabatan Veterinar masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian sama ada disebabkan perbuatan khianat, penyakit atau sebab-sebab lain.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya