PEKAN: Kerakusan pengusaha lombong pasir mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar dibimbangi menjejaskan kira-kira 16,000 penduduk khususnya golongan nelayan di lapan buah kampung di pesisir Sungai Pahang, di sini. Lapan kampung berkenaan ialah Tanjung Agas, Pasir Panjang, Ketapang, Kuala Pahang, Marhum, Siong, Pulau Tambun dan Kampung Pulau Jawa. Paling terjejas, nelayan sungai dan pesisir pantai yang dianggarkan kira-kira 1,300 orang di lapan kampung berkenaan. Seorang…