UTHM bangun aplikasi pintar rekod suhu pelajar - Utusan Malaysia

UTHM bangun aplikasi pintar rekod suhu pelajar

UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia menjalankan ujian aplikasi pintar `sayahadir’ di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Ayer Hitam. - UTUSAN/IHSAN UTHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya membangunkan sistem kehadiran pintar bagi membantu sekolah yang tidak mempunyai capaian internet untuk merekodkan kehadiran dan suhu pelajar.

Sistem itu dinamakan ‘sayahadir’ menggunakan teknologi kod QR dibangunkan pasukan sukarelawan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) UTHM diketuai Dr. Nor Hafizah Ngajikin.

Timbalan Ketua Dekan FKEE, Dr. Herdawatie Abdul Kadir berkata, sistem itu berupaya menyimpan data pelajar tanpa jaringan internet dan amat sesuai digunakan di sekolah luar bandar yang tidak mempunyai internet atau capaian tidak stabil.

Katanya, projek rintis sistem berkenaan dilakukan di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SIH), Jalan Olak Batu, Ayer Hitam di sini.

“Penggunaan sistem kehadiran luar talian itu amat disambut baik oleh pihak sekolah dan mendapat maklum balas positif daripada guru-guru.

“Ujian sistem dijalankan bagi membantu guru-guru mendidik pelajar norma baharu ekoran pandemik Covid-19 dan garis panduan ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nor Hafizah berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dan sumbangan orang ramai untuk memperluaskan program agar ia dapat dimanfaatkan masyarakat khususnya sekolah luar bandar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya