Tekong warga tempatan ditahan menggaji PATI - Utusan Malaysia

Tekong warga tempatan ditahan menggaji PATI

Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KLANG: Tindakan seorang tekong bot nelayan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) membawa padah apabila dia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor pada 3.2 batu nautika barat Pulau Selat Kering di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, tekong merupakan warga tempatan ditahan bersama empat individu termasuk dua daripadanya merupakan warga Myanmar.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, ketika rondaan, tekong terbabit bersama empat krunya berada di atas bot nelayan tempatan Kelas B.

“Kesemua mereka ditahan ketika sedang leka menunda ikan di kawasan berkenaan. 

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati tiga daripadanya warga tempatan manakala dua lagi warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Mohammad Rosli berkata, pihaknya turut menunda bot bersama hasil tangkapan ikan yang dianggarkan kira-kira 200 kilogram.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menunda kurang lapan batu nautika dan juga Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji PATI. 

“Kita mengalu-alukan kerjasama komuniti maritim menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat tentang aktiviti PATI. 

“Orang awam dan komuniti maritim perlu bekerjasama membanteras aktiviti jenayah dan boleh menyalurkan maklumat melalui talian 03-31760627,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya