fbpx

Sultan Nazrin solat Aidiladha di masjid kem PGA Ulu Kinta

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Ulu Kinta di Ipoh. - UTUSAN/GAMBAR ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kem Pasukan Gerakan Am (PGA)  Briged Utara, Ulu Kinta di sini hari ini.

Turut berangkat  Raja Muda Perak, Raja Jaafar  Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak,  Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 8.27 pagi disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan beberapa Exco Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

Solat  diimamkan Sarjan Razali Musa.

Kira-kira 80 jemaah menunaikan solat  dengan pematuhan Standard Operasi Prosedur (SOP)  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP) bagi menangani Covid-19.  – UTUSAN ONLINE