Penganggur edar dadah ditahan - Utusan Malaysia

Penganggur edar dadah ditahan

DADAH dan barangan yang dirampas daripada seorang penganggur dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. GAMBAR: IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang penganggur ditahan bersama lebih 56 gram dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM5,600 di sebuah rumah di Sungai Lokan, di sini semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan ketika serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemeriksaan di dalam beg suspek menemukan sebanyak 51 gram dadah disyaki syabu, 2.4 gram ketamin dan 10 biji pil Eramin 5.

Kata beliau, pihaknya percaya lelaki berkenaan cuba mengedarkan bekalan dadah itu bagi pasaran sekitar kawasan Mak Mandin dekat sini.

“Saringan awal ujian air kencing suspek turut positif dadah jenis methamphetamine. Suspek akan direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 28 Julai untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen (15)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.