Pavithra kembali buat video masakan di Youtube - Utusan Malaysia

Pavithra kembali buat video masakan di Youtube

TANGKAP layar saluran Youtube 'Sugu Pavithra' yang dimuat naik hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Youtuber masakan S. Pavithra membuat kemunculan semula di saluran Youtube yang dikendalikannya hari ini selepas masalah rumahtangganya menjadi perhatian ramai.

Dalam rakaman video berdurasi 6 minit 5 saat itu, Pavithra memasak dalca tulang kambing, namun dia berseorangan tanpa disertai suaminya, S. Sugu.

Dalam tempoh sejam video berkenaan dimuat naik, ia meraih 26,000 tontonan.

Ia merupakan video pertama dimuat naik di saluran tersebut setelah sebelum ini semua 98 video masakan serta aktiviti di saluran Youtube pasangan suami isteri itu dipadamkan.

Kemunculan semula Pavithra menamatkan spekulasi dia tidak mahu lagi membuat video masakan di saluran Youtube pasangan itu yang diikuti lebih 788,000 penonton.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan enggan lagi terlibat dalam sebarang pembikinan video dalam saluran Youtube mereka kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Perselisihan faham pasangan suami itu menyebabkan Sugu didakwa di  Mahkamah Sesyen di sini Jumaat lalu atas dua tuduhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya