Lelaki ingkar arahan kuarantin didenda RM1,000 - Utusan Malaysia

Lelaki ingkar arahan kuarantin didenda RM1,000

NOR OMAR SAPPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin Covid-19 di rumah apabila berada di kedai makan di Kampung Jering, Ayer Tawar dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki itu didapati memakai ‘wristband’ atau gelang tangan merah jambu dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

“Lelaki itu dikesan berkeliaran di kedai makan dan pemeriksaan polis pada gelang dipakainya mendapati, dia sepatutnya menjalani kuarantin di rumah bermula 18 Julai lalu hingga 1 Ogos ini.

“Lelaki terbabit melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Omar menasihatkan individu yang dikenakan perintah kuarantin supaya mematuhi arahan ditetapkan kerajaan bagi mengekang Covid-19.

Beliau meminta orang ramai memaklumkan kepada polis sekiranya ada individu memakai gelang merah jambu berada di tempat awam.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memakai gelang berkenaan sekiranya melanggar perintah kuarantin di rumah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya