fbpx

30 November 2020, 3:42 am

  TERKINI

Laluan Jalan Gombak lama terjejas tanah runtuh 

LALUAN di Jalan Gombak Lama menghala Genting Highlands ditutup bagi kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di Gombak, Selangor. GAMBAR: IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerja pembersihan jalan dan kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh giat dilakukan di Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Highlands dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.19 pagi.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat tanah runtuh di cerun bukit di laluan terbabit pada ketinggian lebih lima meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian itu tidak membabitkan sebarang struktur dan pihaknya mendapatkan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk tindakan lanjut.

“Laluan terbabit telah dilencongkan dan ia tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE