Kemasukan ke Kolej Matrikulasi Sarawak ditangguhkan - Utusan Malaysia

Kemasukan ke Kolej Matrikulasi Sarawak ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memaklumkan, kemasukan 154 pelajar ke Kolej Matrikulasi Sarawak ditangguh sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penangguhan tersebut berikutan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan pada 29 Julai lalu mengenal pasti daerah Kuching sebagai zon merah.

Kementerian itu juga memaklumkan pihak kolej matrikulasi akan menghubungi semua pelajar yang terlibat dengan penangguhan itu.

“Sehubungan itu, kemasukan seramai 289 pelajar dari daerah Kuching ke kolej-kolej matrikulasi di seluruh negara ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” kata kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua kolej  matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) dibuka semula bagi proses pengajaran dan pembelajaran mulai Ogos dan September ini.

Keputusan itu di buat selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meneliti dan bersetuju dengan pembentangan Kementerian Pendidikan.

Dalam perkembangan sama, kementerian turut menanggung kos tiket penerbangan baharu kepada pelajar terjejas pada kadar kelas ekonomi.

“Pelajar perlu mengemukakan tuntutan yang disokong oleh dokumen pembelian tiket tersebut,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya