fbpx

Kebakaran : Empat warga emas sesak nafas 

TIGA warga emas dibantu anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) mendapatkan rawatan selepas kediaman mereka di Flat Mawar, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, terbakar.- IHSAN BOMBA
  • Oleh Maszureen Binti Hadzman
  • 30 Julai 2020, 7:13 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat warga emas sesak nafas selepas kediaman mereka di Flat Mawar, Jalan Loke Yew di sini, terbakar hari ini. 

Kejadian kira-kira pukul 3.44 petang itu menyebabkan lima rumah di tingkat empat  dan lima flat berkenaan terbakar.

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah serta Pudu telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah rumah di tingkat empat telah hangus, manakala empat lagi kediaman terbakar antara 30 dan 40 peratus.

“Mangsa yang mengalami sesak nafas telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan,” jelasnya.

Muhammad Ridhwan berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.01 petang dan punca masih disiasat.- UTUSAN ONLINE

 

Dikemaskini pada