fbpx

Jumlah kerusi akan ditentukan Ahad ini – Bung Moktar

BUNG Moktar Radin
  • Oleh Mohamad Hafiz Bin Yusoff Bakri
  • 31 Julai 2020, 3:35 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO Sabah akan menentukan jumlah kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)  Sabah pada Ahad ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri , Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya juga akan menentukan bentuk kerjasama yang bakal terjalin dengan parti lain menerusi mesyuarat khas 2 Ogos nanti.

“UMNO Sabah akan tentukan jumlah kerusi yang dipertandingkan dan parti mana yang akan bekerjasama dengan kita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah .

“Jadi segalanya akan diketahui Ahad ini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, kerajaan Persekutuan tidak boleh lagi merancang pembangunan di Sabah dan  tugas itu akan dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah sepenuhnya jika UMNO berjaya menawan negeri itu.

“Kita hanya akan minta peruntukan. Kalau peruntukan RM10 bilion, kerajaan Persekutuan menyerahkan dalam bentuk tunai kepada kerajaan Sabah dan akan diletakkan dalam perbendaharaan.

“Selain itu, semua agensi kerajaan Persekutuan yang ada di Sabah harus dipegang oleh orang Sabah dan Labuan akan kita kembalikan semula ke negeri Sabah,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Dikemaskini pada