Bot tempatan guna warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Bot tempatan guna warga asing ditahan

BOT nelayan tempatan menggunakan kru warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan 0.5 batu nautika dari barat laut Pulau Tikus dekat sini selepas disyaki menggunakan kru warga asing, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot tempatan kelas A itu diperiksa kira-kira pukul 3 petang ketika melakukan rondaan Op Pertiwi di sekitar perairan negeri ini.

Beliau berkata, turut ditahan seorang tekong lelaki warga tempatan berumur 37 tahun serta seorang lelaki warga tempatan bersama empat awak-awak dipercayai etnik Rohingya berumur  antara 19 hingga 33 tahun.

Tambah beliau, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. 

“Tekong dan lima awak-awak serta bot termasuk dua pukat hanyut, tiga tong ikan, satu motor penarik pukat dan peralatan-peralatan lain berada di atas bot dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan bot berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hamizan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit.

Beliau meminta orang awam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim negeri di talian 04-2626146 atau 04-2643650. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.