Batal pas lawatan enggan bayar kos kuarantin - Utusan Malaysia

Batal pas lawatan enggan bayar kos kuarantin

KHAIRUL Dzaimee Daud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen memberi amaran akan membatalkan pas lawatan jangka panjang dimiliki warga asing sekiranya mereka enggan membayar kos kuarantin Covid-19.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, keengganan mereka itu boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk mengekang penularan virus berkenaan.

Beliau berkata, antara pas yang terlibat ialah pas suami atau isteri kepada warganegara, pas lawatan kerja sementara (PLKS) , pas lawatan ikhtisas, pas penggajian (ekspatriat) da pas ‘Malaysia My Second Home’ (MM2H). 

“Bermula 24 Julai lalu, semua warga Malaysia yang pulang ke negara ini dan warga asing yang diberi kebenaran masuk diwajibkan dikuarantin selama 14 hari. 

“Bagi warga asing pula, mereka dikehendaki menanggung sepenuhnya kos kuarantin berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee menasihatkan rakyat tempatan serta warga asing supaya mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini oleh pihak berkuasa berhubung langkah-langkah pencegahan Covid-19. 

Tegasnya, individu yang didapati ingkar dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan akan dikenakan tindakan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya