68 individu ditahan ingkar PKP di Rembau - Utusan Malaysia

68 individu ditahan ingkar PKP di Rembau

ANUAR Bakri Abdul Salam (berdiri, kanan) dan Zaifulbahri Idris (dua dari kiri) meraikan anggota Polis Diraja Malaysia Daerah Rembau yang bertugas sebagai barisan hadapan Covid-19 di Rembau, Negeri Sembilan, hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seramai 68 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, daripada jumlah tersebut 45 merupakan warganegara asing, manakala  23 individu lagi rakyat tempatan.

Beliau berkata,  24 individu telah dituduh di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020).

“Kita mengambil serius usaha memutuskan rangkaian Covid-19, lebih-lebih lagi membabitkan warga asing selepas muncul Kluster Pedas di daerah ini.

“Selain tangkapan ingkar PKP, kita juga mengesan pendatang asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Beliau ditemui sempena Majlis Meraikan Petugas Barisan Hadapan Covid-19 PDRM Daerah Rembau di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, di sini hari ini.

Majlis meraikan 150 pegawai dan anggota IPD berkenaan dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris.

Sementara itu, menurut Anuar, sejak pelaksanaan PKP sehingga semalam, 16 tangkapan membabitkan warga asing telah dibuat melibatkan enam rakyat Myanmar, Indonesia (4), Thailand (3) dan masing-masing seorang Bangladesh, Pakistan serta India.

“Antara warga asing terbabit ialah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di kedai makan dan berniaga secara haram,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya