357,166 murid Tahun 1 hingga 4 di Selangor kembali bersekolah - Utusan Malaysia

357,166 murid Tahun 1 hingga 4 di Selangor kembali bersekolah

IZMI Ismail (kanan) meninjau sesi persekolahan murid tahun satu hingga empat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam. - UTUSAN/SYARAFIQ ABD SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 357,166 murid tahun satu hingga empat hari ini memulakan sesi persekolahan selepas bercuti kira-kira empat bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang Covid-19.

Jumlah itu melibatkan 622 sekolah kebangsaan dengan 17,429 kelas di seluruh Selangor. 

Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail berkata, pemeriksaan mendapati sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan pemeriksaan suhu badan di pintu masuk sekolah, penyediaan cecair pembasmi kuman dan penjarakan sosial.

“Perkara itu penting bagi mengekang wabak Covid-19 dan sekiranya murid  mempunyai gejala kita tidak benarkan mereka masuk ke sekolah.

“Secara keseluruhannya, 922,846 murid sekolah kebangsaan dan menengah mula bersekolah,” katanya selepas meninjau Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 di sini hari ini.

Mengulas pembelajaran di sekolah, Izmi berkata, sebelum PKP, silibus di sekolah telah mencapai 30 peratus dan guru-guru perlu meneruskan pengajaran lagi 70 peratus.

“Kita mengikut panduan Kementerian Pendidikan dengan pembelajaran kurikulum dibahagikan kepada tiga iaitu kandungan asas, tambahan dan pelengkap.

“Kandungan asas diajar di dalam kelas manakala tambahan dan pelengkap dalam talian atau llatihan tambahan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya