Progam berkenaan merupakan anjuran Persatuan Pengguna dan Alam Sektiar neger (PPASM) yang turut dihadiri oleh Kelab Media Massa Melaka (Kemm) dan Kelab Media Negeri Sembilan (Manis)

Menurut Presiden PPASM, K. Murali, program ini merupakan aktiviti tahunan persatuan itu bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan menjelang sambutan hari raya tidak lama lagi.

“Kesemua penerima ini dikesan pihak kami sepanjang aktiviti kakitangan membantu meringankan beban orang ramai dan mereka ini wajar diberikan bantuan,” katanya ketika ditemui pada program itu sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong; Pengarah Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Datuk Gary Choo Kok Sen; Pengarah Urusan Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd., Datuk Marco Seow Chee Han dan Pengarah Urusan The Shore Oceanarium, Chew Chert Fong.

Sementara itu, Waytha Moorthy dalam ucapannya menyambut baik usaha dilakukan PPASM membantu golongan kurang berkemampuan ini khususnya bagi meringankan beban mereka menjelang hari lebaran.

“Program seperti ini perlu diteruskan dan kementerian berharap usaha seperti ini dapat dicontohi bagi mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE