Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Dr. Nomee Ashikin Mohamed Radzi.

Beberapa pengurusan tertinggi organisasi media juga menghadiri majlis itu.

Baginda turut berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada lapan agensi dengan jumlah keseluruhan RM5.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 2018.

Agensi terbabit ialah PLUS Malaysia Berhad (RM4.06juta), Pertubuhan Peladang Negeri Perak (RM457,388.15), Perbadanan Menteri Besar Perak dan Anak-Anak Syarikat (RM330,000), Perak Integrated Network Services Sdn Bhd (RM330,000).

Turut menyerahkan zakat ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (RM202,512.44), Universiti Sultan Azlan Shah (RM182,026.60), Koperasi Guru Melayu Perak Berhad (RM106,035.13), Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak (RM105,013.43).

Sultan Nazrin kemudiannya menyerahkan cek serahan zakat perniagaan kepada Mohd. Haidi Sulaiman yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

Baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama para tetamu. - UTUSAN ONLINE