Pengarah Urusannya, Ting Yang Chung berkata, larian itu dianjur bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara SEM dengan komuniti industri setempat terutama di bandar raya ini.

“Kita ingin menggalakkan komuniti setempat mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hidup sihat, bersatu dan rukun tetangga.

“Pendaftaran secara dalam talian dan setakat ini sambutan amat menggalakkan. Kita menyasarkan 3,000 penyertaan tetapi kita sudah menerima 4,000 pendaftaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Shah Alam Fun Run oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Khairuddin Othman.

Tambah Yang Chung larian berkonsepkan kekeluargaan tersebut tidak menyediakan hadiah khusus tetapi peserta berpeluang membawa pulang sijil penyertaan dan hadiah cabutan bertuah bernilai RM50,000.

Sementara itu, Khairuddin ketika berucap berkata, program itu amat dialu-alukan dan kerajaan negeri menggalakkan orang melakukan aktiviti sihat.

“Sambutannya melebihi had jumlah peserta membuktikan rakyat Selangor amnya dan warga banda raya Shah Alam khasnya sentiasa menantikan aktiviti rekreasi seperti larian yang melibatkan satu keluarga,”katanya.

Habis...