Sheikh Ahmad Dusuki

Menurut Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki berkata, kerjasama ini bagi memastikan pihaknya bersiap sedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal dihadapi supaya mangsa banjir dapat menerima bekalan secukupnya sewaktu bencana berlaku.

“POKB juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dalam urusan penghantaran bekalan makanan dan minuman kepada mangsa banjir.

“Kami juga berharap pihak kerajaan dapat membekalkan kenderaan serta kelengkapan alat kepada JPAM supaya gerak kerja akan berjalan dengan lebih lancar,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pihaknya bersama Mydin telah membelanjakan sebanyak RM75,000 untuk membekalkan bekalan air bersih kepada 25 buah kampung di seluruh Kelantan melalui projek air boreng dan sedang berusaha untuk mengumpul dana bagi menghadapi bencana banjir di masa akan datang.