SHAHIR ADNANNOTATERBITANUTUSAN21 MEI 2019SELASAMUKA 11210519UARCHIVED BY MHMNOTATERBITANUTUSAN25 MEI 2019SABTUMUKA 21250519UARCHIVED BY MHM

Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan berkata, PH boleh membantu akhbar berkenaan dengan meneruskan langganan secara tetap di setiap agensi, jabatan dan kementerian.

Katanya, akhbar berkenaan tidak wajar dibenci hanya kerana menjadi lidah UMNO dan Barisan Nasional (BN) sewaktu kerajaan terdahulu memerintah.

“Kita harap parti pemerintah tidak ada dendam dengan Utusan walaupun Utusan sebelum ini banyak dapat sokongan BN dan UMNO. Apa yang kita lihat, apa yang PH buat, mereka sekat langganan akhbar Utusan Malaysia di kementerian-kementerian. Sekatan itu sebenarnya menurunkan lagi mata pencarian Utusan Malaysia, “ katanya ketika ditemui di lobi Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di sini hari ini.

Ikatan mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada kakitangan Kumpulan Utusan yang berupa barangan makanan asas.

Turut hadir Ketua Penerangan Ikatan, Nik Marhalim Mohd. Bakri.

Tambah Shahiir, sumbangan diberikan pihaknya adalah bagi meringankan beban kakitangan Kumpulan Utusan yang tidak menerima gaji selama dua hingga tiga bulan.

“Kita prihatin kepada hal-hal pekerja Utusan Malaysia. Jadi kita tengok sendiri laporan di akhbar, ramai yang agak tersepit meneruskan kehidupan seharian. Ada yang terpaksa beri anak air sirap bagi menggantikan susu. Gaji tidak masuk beberapa bulan.

“Kita ambil inisiatif ini atas keprihatinan kita bagi meringankan beban pekerja-pekerja dan wartawan-wartawan Utusan Malaysia, “ katanya.

Shahir juga memberitahu, sumbangan tersebut diberikan pihaknya berikutan Utusan Malaysia sendiri mempunyai banyak jasa kepada parti itu.

Katanya, banyak liputan dan laporan berkaitan Ikatan dilaporkan dalam Utusan Malaysia selama ini.

“Kita di Ikatan, mendapat sokongan daripada wartawan Utusan. Utusan banyak menyiarkan artikel kita. Kita lihat di saat pekerja Utusan memerlukan pertolongan, jadi kali ini, kita bantu pula,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE