Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia operasi pengurusan Uptown Shah Alam itu telah membina tapak baharu dengan kos berjumlah RM1.47 juta.

Tapak baharu yang lengkap dengan pagar sebagai pembahagi kedai itu dilengkapi dengan kipas dan sistem pencegahan serta pendawaian baharu yang bertujuan mengelakkan kejadian sama berulang.

Masjid penyampaian surat serahan tapak kepada peniaga Uptown Shah Alam itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa Dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail malam semalam. - UTUSAN ONLINE