Program itu merupakan anjuran Urusetia UMNO DUN Air Putih dengan kerjasama Kelab Sahabat N32 Kemaman (Kelab Sahabat N32) yang berlangsung satu setengah jam mulai pukul 5 petang.

Majlis santai itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said serta Pengerusi Kelab Sahabat N32, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Timbalan Pengerusi Urusetia UMNO DUN Air Putih, Dr. Mohd. Zaki Salleh berkata, UMNO DUN Air Putih sentiasa mendekati masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti serta program semasa ke semasa bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli dan juga masyarakat.

“Ini merupakan program santai kali keempat bagi Julai bermula dari Felda Neram 1, Felda Neram 2 dan Bandar Cheneh Baharu, Air Putih dan Bukit Mentok.

“Kami sentiasa merancang aktiviti mengikut zon bagi memudahkan mereka (ahli UMNO dan masyarakat setempat) menyertai program agar mereka tidak ketinggalan mendapat maklumat yang kami sampaikan,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Sahabat N32.

Menurut Mohd Zaki, hari ini UMNO DUN berkenaan amat berbesar hati dengan kehadiran Ahmad yang sempat meluangkan masa menghadiri majlis santai kali ini meskipun padat dengan jadual. - UTUSAN ONLINE