Lebih istimewa, majlis itu diserikam dengan kehadiran pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan yang menghidap sakit buah pinggang tahap lima, Luqman Fikri.

Luqman berkata, meskipun dia baharu sahaja selesai menjalani pembedahan membuang cecair di kaki kirinya, namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk beraya bersama rakan-rakan.

Menurutnya, walaupun mengakui sambutan hari raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tetapi dia tetep teruja untuk menyambut kedatangan Syawal.

“Tahun ini, saya berpeluang beraya di rumah bersama keluarga apabila dibenarkan keluar dari hospital sehari sebelum hari raya setelah menjalani pembedahan pada 31 Mei lalu.

“Saya amat gembira walaupun saya tidak dapat ke mana-mana kerana tidak dapat berjalan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengetua SMK Kemumin, Norriha Abd Rahman dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, Ir. Azmi Abdullah.

Tambah Luqman, tahun ini dia tidak dapat mengutip ‘duit raya’ seperti adik-adiknya yang lain.

“Saya hanya mampu beraya di rumah sambil menikmati juadah hari raya iaitu nasi dagang gulai ayam,” katanya. -UTUSAN ONLINE