Dalam program yang diadakan baru-baru ini, seramai 34 kanak-kanak yatim piatu dan asnaf dari rumah berkenaan yang berusia antara dua hingga 17 tahun diraikan dalam majlis berbuka puasa di hotel berkenaan.

Menurut Pengurus Besar Lexis Suites Penang, Ben Ho, majlis itu merupakan kelangsungan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya khususnya dalam mendekati masyarakat setempat.

KANAK-KANAK daripada Persatuan Anak-Anak Yatim Balik Pulau menerima sumbangan duit raya
KANAK-KANAK daripada Persatuan Anak-Anak Yatim Balik Pulau menerima sumbangan duit raya ketika diraikan dalam majlis berbuka puasa di Hotel Lexis Suites Penang. - UTUSAN ONLINE

Katanya, selain berbuka puasa, kanak-kanak daripada rumah berkenaan turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan acara yang menyeronokkan yang disusun khas kakitangan hotel berkenaan.

“Harapan kita adalah untuk melihat kanak-kanak kurang bernasib baik ini sama-sama merasai kegembiraan seperti kanak-kanak lain khususnya sepanjang berpuasa dan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui dalam program itu.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir.

Menurut Ben Ho, pada majlis sama, kanak-kanak tersebut turut diberikan sumbangan berupa kelengkapan persekolahan baharu serta duit raya.

Dalam pada itu, Azrul ketika berucap pada majlis tersebut menggesa lebih syarikat korporat mencontohi Lexis Suites Penang yang begitu aktif menyumbang dan menganjurkan program CSR dengan komuniti setempat. – UTUSAN ONLINE