Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa berkata, aspek pendidikan akan turut diberikan supaya mereka lebih yakin untuk membebaskan diri daripada ‘perangkap’ kemiskinan.

Menurutnya, perkara itu memerlukan satu strategi yang cukup halus untuk diselesaikan bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.

“Sebagai contoh, sebelum ini ada keluarga miskin kita berikan mereka lembu dengan harapan bantu ekonomi penerima.

“Namun selepas setahun mereka jual lembu tersebut, tetapi saya tidak salahkan penerima dalam hal tersebut,” katanya kepada pemberita selepas turun padang melawat Azman Chewil yang merupakan pemohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Tok Uban dekat sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Sivarasa turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Azman.

Sivarasa memberitahu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan terus menggerakan agensi dibawah seliannya mengikut kawasan dalam usaha membantu golongan miskin keluar daripada perangkap tersebut.

Katanya, KPLB akan menggunakan strategi yang berbeza-beza mengikut kesesuaikan sesebuah kawasan itu. -UTUSAN ONLINE