Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan hadir menyaksikan majlis pelepasan yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam KMJ 2016 kali ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memandu sendiri trak Mack sejauh 842 kilometer diiringi dua lagi trak jenis itu selain 35 motosikal kuasa besar dan 10 kenderaan pacuan empat roda.

Lebih 1,600 peserta terlibat dalam konvoi KMJ 2016 manakala acara penutupan akan dilakukan di Hentian Rehat dan Rawat (R n R) Pandan, Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) di sini pada 17 Mei ini.

Terdahulu sebelum berangkat, Sultan Johor mencemar duli bersalaman dengan sebahagian daripada kira-kira 5,000 rakyat yang datang membanjiri dataran tersebut seawal pukul 8 pagi untuk menyaksikan pelepasan program tahunan itu. -UTUSAN ONLINE