Usaha itu dilakukan oleh Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holding Sdn. Bhd., dengan mengedar topeng tersebut di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang (SILK).

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Prolintas, Ir. Rostam Shahrif Tami berkata, edaran topeng itu telah dibuat pada 5 September lalu di Akleh, GCE, LKSA dan Silk.

“Pengguna lebuh raya juga turut mendapat risalah yang mengandungi informasi berkaitan bahaya jerebu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Tindakan ini merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) merangkumi pelbagai aspek penjagaan alam sekitar yang dilakukan sepanjang tahun seperti pendidikan dan pembangunan insaniah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rostam, melalui pendekatan ini ia dapat memberikan kesedaran terhadap bahaya jerebu dan menyumbang tahap kesihatan lebih baik dengan berlakunya pengurangan risiko pencemaran udara. -UTUSAN ONLINE