Kesemua mereka merupakan penghuni rumah Pertubuhan Badan Kebajikan Darusalam, Ipoh dan anak-anak keluarga miskin sekitar Ampang Baru.

Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Symphony Suites, CM Lee berkata, majlis tersebut bertujuan berkongsi kegembiraan bersama anak-anak berkenaan untuk meraikan ketibaan Syawal.

“Sebelum majlis berbuka puasa ini, mereka telah dibawa ke pasaraya Econsave Ampang Baru di sini untuk membeli baju raya sumpangan pihak Econsave.

“Sumbangan ini mungkin tidak seberapa tetapi apa yang penting ialah anak-anak ini dapat merasai kegembiraan,” ujarnya semasa berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng; Bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim dan Pengurus Besar Econsave, Chua Yong Chu.

Sementara itu dalam ucapannya, Boon Chye memuji peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan Hotel Symphony Suites yang prihati terhadap kebajikan golongan kurang bernasib baik.

Katanya, program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan ini amat besar ertinya apatah lagi diadakan pada bulan Ramadan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada beberapa orang kanak-kanak ini yang menyanyikan lagu-lagu hari raya.

Sebelum pulang, setiap kanak-kanak yang diraikan ini menerima duit raya serta hamper sumbangan Hotel Symphony Suites dan penaja. - UTUSAN ONLINE