Pengarah Jabatan Kebudayaan, Keseniaan, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, program bertemakan Jom Pancing, Rakyat Ceria, Komuniti Sejahtera sentiasa dinantikan warga kota terutama kaki pancing pada setiap tahun.

Menurutnya, program yang memasuki tahun kelapan itu bertujuan menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“Juara pertandingan akan membawa pulang sebanyak RM6,000 diikuti naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,000).

Menariknya kali ini sebanyak 160 hadiah wang tunai disediakan untuk kaki pancing. Bagi pemenang tempat keempat hingga ke-10 akan menerima RM200 diikuti ke-11 hingga 80 (RM109) dan tempat 110 hingga 149 (RM50),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Nazam melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai sepesies antaranya patin, bersaiz antara empat hingga lima kilogram.

Tambah Mohd. Nazam, tahun ini DBKL menyediakan hadiah khas kepada pemenang ikan keli yang memperoleh tempat pertama sebanyak RM300 diikuti tempat kedua (RM200) manakala ketiga hingga ketujuh (RM100) dan kelapan hingga ke-10 (RM50).

Katanya, pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan Sabtu ini bermula pukul 1 petang hingga 9 malam dan keesokannya dibuka dari pukul 6.30 hingga 10 pagi.

“Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM40 untuk sebatang joran dan sebanyak 1,000 penyertaan awal layak menerima satu botol air saiz satu liter sumbangan penaja Oyoshi, Igloo-UFL dan Pure Fishing Malaysia Sdn. Bhd.

“Maklumat lanjut, layari laman Facebook, JORANKL atau hubungi urus setia di talian 013-2667011 dan 012-2846811,” katanya. - UTUSAN ONLINE