Isteri Perdana Menteri mempamerkan bakatnya dalam Majlis Amal Minum Petang MMU dengan memainkan tiga buah lagu iaitu Gubahanku, Secret Garden dan Terkenang-Kenang.

Persembahan Dr. Siti Hasmah dengan gandingan Kombo Seni Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu telah menerima tepukan gemuruh daripada tetamu.

PENAMPILAN istimewa isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang memainkan lagu
PENAMPILAN istimewa isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang memainkan tiga buah lagu iaitu Gubahanku, Secret Garden dan Back To Sorento dalam Majlis Amal Minum Petang MMU. - UTUSAN ONLINE/Rashid Mahfof

Pada akhir majlis, Dr. Siti Hasmah diberi kejutan bersempena hari kelahirannya ke-93 yang disambut hari ini.

Kata Dr. Siti Hasmah, beliau terkejut dan sebak dengan sambutan hari kelahiran itu dan menyifatkannya amat bermakna bagi beliau yang pernah menjadi Canselor pertama MMU.

Katanya, sambil berseloroh dalam majlis itu, umur persaraan yang paling sesuai adalah ketika 95 tahun.

“Saya memainkan lagu Terkenang-Kenang dengan sepenuh hati kerana ia merupakan sebuah lagu lama dan malar hijau,” katanya.

Majlis anjuran Yayasan Universiti Multimedia (YUM) itu diadakan bagi mengumpul dana untuk pelajar kurang kemampuan dan penyelidikan universiti tersebut.

Selain itu, Dr. Siti Hasmah juga melancarkan Tabung Dana Wakaf Ilmu yang merupakan platform untuk mengumpul dana pendidikan daripada individu dan organisasi korporat.

Sementara itu, Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq berkata, sebagai sebuah institusi teknologi digital, MMU adalah sumber modal insan dalam bidang teknologi maklumat dan teknologi.

Katanya, beliau sangat berbangga YUM berjaya menyediakan bantuan kewangan dan sumbangan kepada pelajar yang memerlukan daripada kumpulan B40. - UTUSAN ONLINE